25 Julai 2011

Ramadhan bulan Mulia

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga apa yang kita buat hari ini adalah lebih dari semalam, dah apa yang kita buat esok hari adalah lebih cemerlang dari apa yang kita buat hari ini.
Hayatilah kata-kata ini semoga ianya boleh di jadikan peringatan untuk kita semua "Manusia selalu leka mencari apa yang akan ditinggalkan, tetapi lupa mencari apa yang bakal akan dibawa".. fikir2kanlah dan selamat beramal

21 Julai 2011

InDaHNya KeHiDUpAn iNi

Keluarga nampak terlihat indah bila kita mampu melewati setiap ujian. Bila mampu melewati setiap ujian dengan bersandar kepada Allah maka menjadi keluarga sakinah, mawaddah warahmah.
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikannya baginya kemudian dalam urusannya" - QS Ath. Thalaq : 2 - 4

18 Julai 2011

L.i.V.E.R.p.O.O.L


Sejarah Liverpool? Ya Liverpool merupakan Kelab paling bersejarah di Eropah dan England. Muncul Juara Eropah terbanyak di kalangan kelab-kelab England. Perkara ini lah yang dicemburui oleh bigclub EPL termasuk ARSENAL, MAN U, dan CHELSEA. Jom kita ikuti serba sedikit fakta dan sejarah dari dulu sampai lah sekarang oleh sedara Yippi yg juga Bro kpd Webteam SAYA.

Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.

Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Pada tahun itu juga Bill Shankly menukar warna jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah keseluruhan, dan warna tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.

Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. setelah mengalahkan Leeds United 2-1 dalam perlawanan akhir. Liverpool juga pertama kali beraksi dalam pertandingan di benua Eropah, tetapi tersekat di peringkat separuh akhir Apabila dikalahkan Inter Milan.

Liverpool pertama kali bertanding di peringkat akhir pertandingan Eropah dalam tahun 1966 apabila mereka tewas pertandingan untuk Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill Shankly memperkuatkan skuad pemainnya. Beliau membeli Emlyn Hughes dan Ray Clemence daripada kelab-kelab dalam Liga bawahan. Beliau kemudian mendapatkan Kevin Keegan dalam tahun 1971 dan pasukan yang beliau bawa sejak tahun 1960-an ditukarkan secara perlahan dengan pemain-pemain baru.

Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah apabila memenangi Piala UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach.

Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A. tetapi menerima kejutan apabila Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengurus Liverpool. Beliau memberi alasan tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Walaupun Liverpool memujuk Bill Shankly untuk menarik semula keputusan untuk berhenti, Bill Shankly tetap dengan keputusannya dan mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya.[cerita di petik dari internet]

FamiLLy DaY TNB, 2011

HaRi KeLuaRGa TNB, di AdAKaN pADa 16 JuLaI 2011, dI PaDaNG KeLAb KiLAT TNB. Seramai lebih dari 10 ribu orang telah bersama-sama untuk memeriahkan majlis ini. Penghibur Undangan: Ramli Sarip, Bunkface, Usop Wildchair, Satia, Jaafar Onn dll

NEXT Program

tu dia.. pemuda harapan negara.. hehe.. tengah membentangkan kertas kerja.. New Executive Transition (NEXT)...

12 Februari 2011

06 Julai 2010