28 Disember 2011

TanGGuNGjAWaB SeSaMa MuSLiM

5 tanggungjawab orang Islam sesama Islam;

1. Sebarkan dan sampaikan salam.
2. Menziarahi saudara se Islam.
3. Iringi jenazah ke kubur.
4. Terima jemputan selagi mana tidak bersalahan dengan Islam.
5. Jawab bersin - "Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah mengucapkan: [Alhamdulillah] dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang mendengarkan itu lalu mengucapkan [Yarhamukallah]." "Selanjutnya apabila saudara atau kawannya tadi sudah mengucapkan [Yarhamukallah], maka hendaklah orang yang bersin tadi mengucapkan [Yahdikumullah wayus-lihu balakum], ertinya: Semoga Allah memberikan petunjuk pada anda dan pula membaguskan hati anda. (Riwayat Bukhari)

Pesanan Rasullah: "Sampaikan dariku, walaupun sepotong ayat..."

P.U.A.S

3 perkara PERLU puas;
1. Makanan
2. Rezeki
3. Pasangan Hidup

3 perkara TIDAK PERLU puas;
1. Ilmu
2. Sedekah
3. Ibadah

Pesanan Rasullah: "Sampaikan dariku, walaupun sepotong ayat..."

10 Solat yang tidak diterima

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini;
10 Solat yang tidak diterima;
1. Mendengar azan tetapi tidak turun berjemaah (Mendengar suara azan dari mulut Muaadzim tanpa menggunakan pembesar suara, ditujukan kepada kaum lelaki, manakala kaum wanita digalakkan berjemaah selagi mana tidak mendatangkan fitnah).
2. Orang yang tidak menunaikan zakat.
3. Orang yang berbuat Zina.
4. Orang yang makan Riba.
5. Penyamun / Pencuri.
6. Makan makanan yang jelas Haram (Babi, Anjing, Arak, Bangkai dll).
7. Makan makanan dari sumber yang haram (memperolehi duit dari sumber yang haram).
8. Orang yang menjual yang haram walaupun tidak memakannya @ meminumnya (Jual Arak, Babi dll).
9. Hamba lari dari tuan.
10.Perempuan yang masam muka dan marah pada suami.
Pesanan Rasullah: "Sampaikan dariku, walaupun sepotong ayat..."

27 Disember 2011

SukaN RaKyaT HRM 2011

MaSa Ni KamI SeLaKu KuMpULaN PiLiHan MenePaTi RaMaLan sEBaGai JoHan.. ;-)

Himpunan ILmU

ALAM SYURGA ATAU NERAKA
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya die telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran 3: 185)

AKHIR ZAMAN
''Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu pintu masjid. Wanita wanita mereka (isteri atau anak anak perempuan) mereka, berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yg lemah gemalai.Oleh sebab itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita wanita yang terlaknat.'' (Riwayat Ahmad)

KEAGUNGAN PENCIPTA KITA
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmuAllah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 255)

PETUNJUK DARI ALLAH
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. [Surah Al-An’aam]

DUNIA SEMENTARA
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang; dan apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. (Riwayat Al-Bukhari)

BERDOALAH SELALU PADANYA
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)

UJIAN DARI ALLAH
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." Al Baqarah Ayat 214

HIDUP DI DUNIA
"Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran. Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi SAW. Tanda cintakan Nabi SAW adalah cintakan sunnah baginda. Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cinta Hari Akhirat. Tanda cintakan Hari Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci DUNIA. Dan tanda benci DUNIA adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup" : Sahl bin Abdullah

INGATILAH PENCIPTA KITA
“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”.(Al-Baqarah: 186)

CIPTAAN-NYA INI TIDAK SIA-SIA
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)

PESANAN RASULULLAH
"Jadilah engkau didunia ini seolah-olah engkau orang asing atau orang yang lewat (lalu) di jalan (musafir. Ketika engkau berada di waktu petang janganlah menanti waktu pagi dan ketika di waktu pagi janganlah engakau menanti waktu petang, dan pergunakanlah kesihatanmu untuk sakitmu dan pergunakanlah hidupmu untuk matimu"
Pesanan Rasulullah kepada Ibnu Umar R.A

DUNIA ATAU AKHIRAT
"Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat" Surah At-Taubah ayat 38

09 Ogos 2011

RaMaDhan Al-MubAraQ

Antara sedar dan tidak telah lebih lapan hari kita berpuasa Ramadhan, ini bermakna kita sama-sama telah semakin meninggalkan fasa pertama Ramadhan. Fasa Rahmah (kasih sayang Allah), semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk terus mengumpul hadiah-hadiah dari Allah.

Kita menuju ke fasa kedua iaitu Maghfirah (keampunan Allah SWT). Maka untuk sampai kepada keampunan Allah SWT itu di antaranya perlu sekali disulami dengan akhlak mahmudah dan menjauhi akhlak mazmumah. Akhlak mahmudah itu hanya akan dapat diperolehi oleh orang yang berpuasa bila segala adab dan tertib puasa dipelihara sebaik mungkin tanpa ada unsur-unsur pencemaran yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak. Walaupun manusia itu ada kalanya membuat kesilapan dan alpa kerana itulah fitrah kejadiannya.

Menunggu kita di malam 10 terakhir di Fasa Ketiga ialah “Itqun Minan Nar” Bebas dari cengkaman api neraka. Menanti di fasa terakhir Ramadhan ini ialah bebasnya dari api Neraka dalam ertikata setelah melalui dua Fasa Ramadhan, maka di penghujung Ramadhan janji Allah kepada manusia ialah terbebasnya manusia dari api neraka. Terbebasnya manusia dari api neraka ini merupakan hadiah Rabbul Jalil kepada mereka yang bersungguh-sungguh memenuhi Ramadhan dengan keyakinan, kepercayaan, ketelusan dan kesabaran mereka inilah yang akan diampunkan oleh Allah SWT. Fasa terakhir Ramadhan ini dianugerahkan oleh Allah SWT dengan malam Lailatul Qadar. Umat Islam akan memperolehi pahala dan keberkatan amalan dengan melebihi seribu bulan. Walaubagaimanapun ia hanya boleh diraih bagi mereka yang berusaha keras dengan mengikut tertib dan amalan yang telah digariskanpandukan oleh para ahli ibadat dan salafussoleh

01 Ogos 2011

BuLaN TaRBiAh

ADAB-ADAB PUASA

MELAMBATKAN SAHUR
Zaid bin Thabit r.a. pernah makan sahur bersama Rasulullah s.a.w. dan baginda s.a.w. ditanya : Berapa lamakah jarak antara sahur Rasulullah s.a.w. dengan azan Subuh maka baginda s.a.w. menjawab : Membaca 50 ayat Al-Quran – HR Bukhari & Muslim. (Lebihkurang 20 minit)

Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkan walaupun hanya dengan seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. – HR Ahmad

SEGERA BERBUKA
Manusia sentiasa didalam kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka – HR Bukhari & Muslim

3. BERBUKA DENGAN KURMA

Adalah Rasulullah s.a.w. berbuka dengan kurma segar (rotab), sebelum solat maghrib, jika tidak ada baginda s.a.w. berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tidak ada baginda s.a.w. minum beberapa teguk air – HR Abu Daud Dan Al Hakim, Tirmidzi

4. BERDOA KETIKA BERBUKA

3 golongan yg doa mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yg adil dan orang yang dizalimi – HR Tirmidzi – Sanad Hasan

5. MEMPERBANYAK SEDEKAH

Menderma dalam bulan Ramadhan adalah lebih digalakkan dan lebih afdhal.

Nabi s.a.w. adalah orang yang paling dermawan dan baginda s.a.w. lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadhan – HR Bukhari & Muslim

6. IFTAAR SHAIMIIN

Maksudnya memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa.

Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya - HR Ahmad dan Tirmidzi.

BANYAK MEMBACA AL-QURAN
Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at (pertolongan) kepada pembacanya – HR Muslim & Abi Umamah

8. MENJAUHI SEGALA MAKSIAT

Bukanlah puasa (hanya menahan) dari makan dan minum, sesungguhnya puasa (juga menahan)dari perbuatan sia-sia dan perkataan lucah – HR Ibn Khuzaimah, Ibn HIbban, Al-Hakim

QIYAM RAMADHAN
Maknanya mendirikan malam-malam Ramadan dengan ibadat seperti solat Terawih & Witir.

Barangsiapa yang mendirikan malam-malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah), nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu – Muttafaq A’laih.

BERSUNGGUH-SUNGGUH BERIBADAT 10 AKHIR RAMADHAN
Rasulullah s.a.w. mempertingkatkan ibadatnya pada 10 terakhir Ramadhan melebihi dari amalan baginda s.a.w. pada 20 Ramadhan pertama. Sepuluh akhir bulan Ramadhan merupakan hari yang paling istimewa dalam setahun kerana pada masa itu diharapkan “Lailat Al Qadr” akan muncul.

Nabi s.a.w beriktikaf pada 10 akhir bulan Ramadhan sehingga baginda s.a.w. diwafatkan oleh Allah kemudian (diteruskan sunnah) Iktikaf sesudahnya oleh para isterinya – Muttafaq A’laih

29 Julai 2011

RaMaDhan TerAkhiR


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
Sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku. Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
Tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu Memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun Yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

25 Julai 2011

Ramadhan bulan Mulia

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga apa yang kita buat hari ini adalah lebih dari semalam, dah apa yang kita buat esok hari adalah lebih cemerlang dari apa yang kita buat hari ini.
Hayatilah kata-kata ini semoga ianya boleh di jadikan peringatan untuk kita semua "Manusia selalu leka mencari apa yang akan ditinggalkan, tetapi lupa mencari apa yang bakal akan dibawa".. fikir2kanlah dan selamat beramal

21 Julai 2011

InDaHNya KeHiDUpAn iNi

Keluarga nampak terlihat indah bila kita mampu melewati setiap ujian. Bila mampu melewati setiap ujian dengan bersandar kepada Allah maka menjadi keluarga sakinah, mawaddah warahmah.
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikannya baginya kemudian dalam urusannya" - QS Ath. Thalaq : 2 - 4

18 Julai 2011

L.i.V.E.R.p.O.O.L


Sejarah Liverpool? Ya Liverpool merupakan Kelab paling bersejarah di Eropah dan England. Muncul Juara Eropah terbanyak di kalangan kelab-kelab England. Perkara ini lah yang dicemburui oleh bigclub EPL termasuk ARSENAL, MAN U, dan CHELSEA. Jom kita ikuti serba sedikit fakta dan sejarah dari dulu sampai lah sekarang oleh sedara Yippi yg juga Bro kpd Webteam SAYA.

Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.

Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Pada tahun itu juga Bill Shankly menukar warna jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah keseluruhan, dan warna tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.

Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. setelah mengalahkan Leeds United 2-1 dalam perlawanan akhir. Liverpool juga pertama kali beraksi dalam pertandingan di benua Eropah, tetapi tersekat di peringkat separuh akhir Apabila dikalahkan Inter Milan.

Liverpool pertama kali bertanding di peringkat akhir pertandingan Eropah dalam tahun 1966 apabila mereka tewas pertandingan untuk Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill Shankly memperkuatkan skuad pemainnya. Beliau membeli Emlyn Hughes dan Ray Clemence daripada kelab-kelab dalam Liga bawahan. Beliau kemudian mendapatkan Kevin Keegan dalam tahun 1971 dan pasukan yang beliau bawa sejak tahun 1960-an ditukarkan secara perlahan dengan pemain-pemain baru.

Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah apabila memenangi Piala UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach.

Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A. tetapi menerima kejutan apabila Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengurus Liverpool. Beliau memberi alasan tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Walaupun Liverpool memujuk Bill Shankly untuk menarik semula keputusan untuk berhenti, Bill Shankly tetap dengan keputusannya dan mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya.[cerita di petik dari internet]

FamiLLy DaY TNB, 2011

HaRi KeLuaRGa TNB, di AdAKaN pADa 16 JuLaI 2011, dI PaDaNG KeLAb KiLAT TNB. Seramai lebih dari 10 ribu orang telah bersama-sama untuk memeriahkan majlis ini. Penghibur Undangan: Ramli Sarip, Bunkface, Usop Wildchair, Satia, Jaafar Onn dll

NEXT Program

tu dia.. pemuda harapan negara.. hehe.. tengah membentangkan kertas kerja.. New Executive Transition (NEXT)...

12 Februari 2011